Monday, May 6, 2013

Mukasurat 04 - Hormati ibubapa

Jannah: Apa bekalan yang kamu bawa hari ini, Nani?

Nani: Hari ini ibu saya membekalkan nasi goreng untuk saya. Kamu mahu rasa?

Jannah: Wah, sedapnya! ibu saya pula membekali saya karipap.Nah, cubalah rasa.

Nani: Terima kasih, Jannah. Kita patut bersyukur kerana ibu kita menyediakan bekal yang berkhasiat untuk kita.

Jannah: Bukan bekal sahaja, Nani. Ibu bapa kita juga telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk kita seperti pendidikan yang sempurna. pakaian dan tempat tinggal.

Nani: Betul, Jannah. Oleh sebab itu, kita haruslah menghormati orang tua kita.

Jannah: Sebenarnya, ada banyak sebab kita harus menghormati mereka. Selain menyediakan semua keperluan asas, ibu bapa kita telah banyak berkorban untuk kita.

Nani: Ya, Jannah. Mereka jugalah yang menyekolahkan kita.

Jannah: Mereka mahu supaya kita mendapat pakaian dan tempat tinggal. pendidik yang sempurna. Dengan itu, kehidupan kita pada masa depan akan terjamin.

Nani: Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab  kita untuk menggembira mereka.

Jannah: Bagaimana caranya, Nani?

Nani: Ada banyak cara. Sebagai permulaan, hadiahilah mereka dengan kejayaan kita dalam pelajaran. Inilah hadiah yang paling berharga untuk mereka. Jangan sekali-kali menyinggung atau menyakiti hati mereka.


Jannah: Apabila dewasa nanti, kita perlu membalas jasa dan pengorbanan mereka dengan menyenangkan hidup mereka. pula.

Nani: Benar. Walaupun mereka tidak meminta balasan, tetapi sebagai anak yang bertanggungjawab, kita wajar memberikan kesenangan kepada mereka.

Jannah: Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh agar saya dapat membalas jasa orang tua saya, Nani.

Nani: Baguslah, begitu.

2 comments:

  1. Pendidikan yang sempurna itu kemudahan asas ke? Adakah pakaian dan tempat tinggal itu menjamin masa depan?itu sahaja?

    ReplyDelete
  2. saya dah betulkan terima kasih kepada orang bernama ??????

    ReplyDelete

Berita ECPI

Jumlah Kunjungan

Flag Counter